"KEK MARBLE MOIST"😃
kedua2 resipi ni amat sy suka dan selalu guna...kt umah mak kt kpg xde timbangan gram..jadi sy guna sukatan cawan..kalo kt umah sendiri sy akan guna sukatan gram...😃
Resipinya(SUKATAN CAWAN)
1 cawan butter ( guna marjerin pun boleh)
3/4 cawan gula castor ( sy kisar gula pasir jer)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum ( ayak)
1 sdb baking powder (ayak)
1 sdt esen vanilla
3 sdb susu pekat manis
2 sdb serbuk koko..
(guna loyang saiz 6@7)
Ni resipi yg GUNA SUKATAN GRAM
-------------------------------@-@------------
Sukatan gram
-------@@@@-----
250g butter
200gram gula kastor(sy guna gula pasir dan kisar)
5 biji telur gred B
220gram tepung naik sendiri@ tepung gandum biasa pun boleh(ayak)
3 sdb susu segar @ cair
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecik perisa vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Cara sama sahaja...(kek pada gambar sy guna sukatan gram)(guna loyang saiz 7@8)
Caranya
1)Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.. masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan.. masukkan esen vanilla..tepung gandum..baking powder...kaup balik jer.. .masukkan susu pekat manis.. gaul sebati..
2)Bahagi adunan kpd 2 bahagian..adunan pertama warna asal/plain... kedua letak serbuk koko...Sapu marjerin pada loyang saiz 6inci @ 7inci dan lapik kertas minyak..
3)Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah2 loyang.. .jgn ratakan.. biar jer..kemudian ambil 1 senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi...jangan ratakan juga...ulang hingga habis...
Panaskan oven suhu 170' ..bakar selama 45minit atau hingga masak...api atas dan bawah